Aliran Kehidupan Sebagai Manusia
Manusia merupakan satu kejadian yang tersangat hebat dicipta menjadi hamba kepada Allah sebagaimana firman Nya " tidak Aku cipta manusia dan jin melainkan beribadah kepada Ku". Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah Tuhan Sekalian Alam. Satu manifistasi yang hebat antara Tuhan pencipta alam dengan makhlukNya yang dicipta dari kejadian tanah yang berlumpur hitam sebagai jasad yang dimasukkan roh ke dalamnya.
Satu hubungan yang dicipta oleh Allah kepada hambaNya dengan Nya, dengan pengabdian yang suci dan mutlak. Hubungan ini disambung dengan peribadahan kepada Nya. Maka apakah peribadahan yang menjadi maksud utama kejadian manusia dan jin ini.?
Ibadah secara umumnya perbuatan yang dilakukan kerana Allah serta berlandaskan lunas-lunas Syarak yang benar seperti solat, berpuasa, ikhlas bekerja kerana Allah, membuat satu satu perbuatan yang baik kerana Allah, menyambung silaturahim juga ibadah dan sebagainya. Secara umum ibadah adalah meluas maknanya, sesuai dengan makna Islam itu sendiri.
Zaman kini makin berubah bertambah mengila dengan cetusan dan pencambahan pelbagai rupa dan bentuk ilmu yang menyengat dalam sosio budaya masyarakat kita. Dipenuhi dengan kesasatan dan tahyul moden menjadi lambang harga diri entiti dalam pelbagai gelaran. Unsur kepaduan antara kesucian ilmu dan jiwa telah tercemar dengan pelbagai fahaman merosakkan jiwa seperti LBGT, pluralisme, liberalisme, kapitalism, dan jutaan panggilan nama, juga tidak terlepas aliran agama yg disesatkan dalam terangan menjadi anutan sejati Iblis. Kasar bunyinya, namun itulah realiti zaman ini, jika tidak dibendung dari peringkat awal maka rosaklah generasi akan datang dan runtuhlah moral dan akhlak orang-orang masa hadapan.
Didikan awal mengikut aturan yang benar perlu disemai dari peringkat anak-anak kecil bagi menjadi pencinta ilmu yg benar dan bersih dari fahaman dan anutan yg merosakkan. Guru , ibu dan bapa menjadi faktor utama dalam membentuk rupa masa depan anak generasi mendatang.
Guru, ibu dan bapa tonggak pembinaan bangsa yang mulia masa akan datang.
Bergitu besar peranan mereka ini dalam memastikan sosio budaya masyarakat akan datang terkawal dari terus hanyut kesesatan dan kejahanaman susur galir keturunan akan datang.
Fikir-fikir lah.
No comments:
Post a Comment