Sunday, January 4, 2015

Kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak

Kisah realiti yang biasa terjadi dalam kehidupan kita. Kisah ini di ambil daripada luahan hati seorang ibu di facebook.

Dalam kekalutan nak mengisi perut
yang menjerit- jerit kelaparan
adik pula menangis memulas-mulas badan
menangisnya macam kena dera
sambil angkat baby michelin yang entah berapa kilo ni
saya senduk nasi panas dalam periuk
sambil nangis adik muntah pada baju saya
Allah….
letak pinggan bawa adik ke sinki
cuci mulut dan bersihkan baju
entah bila kakak datang pada kabinet bawah dapur
bederau darah bila mndengar bunyi kaca mencium lantai
bila saya toleh tutup kaca atas lantai
mujur masih intact tidak pecah
tapi disebabkan terkejut
tindakan reflex pertama saya tadi adalah menjerit pada kakak dan memukul tangannya
mak keluar dari bilik dan menyambung marah bila tengok apa yang berlaku
hati saya sayu bila tengok orang lain marah anak saya
sedangkan time tu hati sendiri dah nak menangis sebab pukul dia.
sambil menyuap nasi ke mulut sambil letak adik yang sudah berhenti nangis 
hati saya sebal, sebak dan bagai tidak boleh bernafas
kakak mak bawak ke bilik untuk ditidurkan
tapi tidak sampai 2 minit kakak keluar
terus saya peluk dia minta maaf
semoga Allah ampunkan saya…………
Pertama kali membaca luahan hati di atas, hati Ibu menjadi sebak. Ini kerana jika Ibu berada di tempat dia, entah bagaimana tindakan reflect Ibu, mungkin bukan setakat tampar tangannya, mungkin juga di cubit kulitnya, di marah dengan kata- kata yang tidak sedap didengar. Ya itu tindakan reflect, tindakan yang kita tidak boleh kawal.
Jangan marah anak pada usia 1 tahun
Namun apabila anda baca kesan jika selalu tampar, cubit atau pukul anak dibawah, sudah pasti anda akan mampu mengawal tindakan reflect. Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan degil.
Anda Boleh baca di sini Perlu Ke Pukul Anak unuk menghukum anak cara islam.
Walaupun ibu bapa menganggap ‘pukulan kecil’ itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.
“Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak,” jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.
Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Menghukum dengan pukulan

Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan.Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.
kesan-hukum-anak
Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.
Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.
Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman ‘secara lisan’ itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.
“Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.
“Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.
“Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut,” ujar Berlin.

Sering dipukul akan menjadi pemukul

Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.
sering-marah-anak
“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.
Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.
“Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada,” ujar Gershoff.
Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis – HealthDay News.
Sumber: Utusan Malaysia

Sumber Blog: http://ibudoakan.com/kesan-jika-selalu-tampar-cubit-atau-pukul-anak/

Wednesday, November 19, 2014

Manusia dan ibadah

Aliran Kehidupan Sebagai Manusia

Manusia merupakan satu kejadian yang tersangat hebat dicipta menjadi hamba kepada Allah sebagaimana firman Nya " tidak Aku cipta manusia dan jin melainkan beribadah kepada Ku". Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah Tuhan Sekalian Alam. Satu manifistasi yang hebat antara Tuhan pencipta alam dengan makhlukNya yang dicipta dari kejadian tanah yang berlumpur hitam sebagai jasad yang dimasukkan roh ke dalamnya.

      Satu hubungan yang dicipta oleh Allah kepada hambaNya dengan Nya, dengan pengabdian yang suci dan mutlak. Hubungan ini disambung dengan peribadahan kepada Nya. Maka apakah peribadahan yang menjadi maksud utama kejadian manusia dan  jin ini.?

    Ibadah secara umumnya perbuatan yang dilakukan kerana Allah serta berlandaskan lunas-lunas Syarak yang benar seperti solat, berpuasa, ikhlas bekerja kerana Allah, membuat satu satu perbuatan yang baik kerana Allah, menyambung silaturahim juga ibadah dan sebagainya. Secara umum ibadah adalah meluas maknanya, sesuai dengan makna Islam itu sendiri.

  Zaman kini makin berubah bertambah mengila dengan cetusan dan pencambahan pelbagai rupa dan bentuk ilmu yang menyengat dalam sosio budaya masyarakat kita. Dipenuhi dengan kesasatan dan tahyul moden menjadi lambang harga diri entiti dalam pelbagai gelaran. Unsur kepaduan antara kesucian ilmu dan jiwa telah tercemar dengan pelbagai fahaman merosakkan jiwa seperti LBGT, pluralisme, liberalisme, kapitalism, dan jutaan panggilan nama, juga tidak terlepas aliran agama yg disesatkan dalam terangan menjadi anutan sejati Iblis. Kasar bunyinya, namun itulah realiti zaman ini, jika tidak dibendung dari peringkat awal maka rosaklah generasi akan datang dan runtuhlah moral dan akhlak orang-orang masa hadapan.

    Didikan awal mengikut aturan yang benar perlu disemai dari peringkat anak-anak kecil bagi menjadi pencinta ilmu yg benar dan bersih dari fahaman dan anutan yg merosakkan. Guru , ibu dan bapa menjadi faktor utama dalam membentuk rupa masa depan anak generasi mendatang.

Guru, ibu dan bapa tonggak pembinaan bangsa yang mulia masa akan datang.
Bergitu besar peranan mereka ini dalam memastikan sosio budaya masyarakat akan datang terkawal dari terus hanyut kesesatan dan kejahanaman susur galir keturunan akan datang.

Fikir-fikir lah.

Monday, July 21, 2014

Jom Belajar Mengenai Gerak Saraf, Perang Saraf Dan Propaganda.


Sumber artikel dari Mymassa dan ambil bulat-bulat dari sini (http://askarsetia.blogspot.com/2011/12/geraksaraf-perangsaraf-dalam.html).

Dan dalam dunia periklanan/ advertising juga banyak syarikat yang menggunakan konsep ini seperti prime time preview untuk iklan, text, dan mesej yang memberikan impak kepada minda penerima.

GERAKSARAF & PERANGSARAF DALAM TRANSFORMASI RAKYAT MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM 13

Baru-baru ini, saya ada terbaca sebuah artikel yang saya menyentuh akal dan fikiran saya untuk berfikir. Ada benarnya artikel tulisan Mat Merapu di blog merapusakan.blogspot.com yang merasakan ada beberapa 'variable' penting yang harus diberi perhatian iaitu "war of perceptiondan  "kecenderungan pengundi siber" dalam menghadapi pilihanraya akan datang.

Apabila kita berbincang mengenai "PERCEPTION", ia amat sinonim dengan operasi Geraksaraf. GERAKSARAF (GS) mengikut definisi tepat membawa maksud:

 “Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur” 

Manakala PERANGSARAF (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.


Maksud “Propaganda” pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang diperkatakan sendiri bukan propaganda. Sebenarnya, 


"Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi memanfaatkan pihak penganjur".

GSPS merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat menjelang PRU 13 kepada BN dan PR kerana GSPS adalah sebahagian daripada komponen Peperangan Informasi dan juga Peperangan Persepsi. Sudah semestinya media baru (siber) menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan. Ketiga-tiga kategori propaganda ini pula dicetuskan oleh sumber Putih (identiti sebenar), Kelabu (identiti disamarkan) dan Hitam (Identiti Tidak Dinyatakan).

        Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat. Rancangan GSPS pula berkait rapat dengan kawalan kempen yang terkoordinasi dan menyeluruh. Teras kekuatan Rancangan GSPS turut berlandaskan kepada keupayaan Propagandists dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan sasar (pemilih berdaftar) supaya ianya berimpak tinggi.


Agenda Setting Plan
Dipetik daripada Media Tenor: Strategic Media Intelligence


   Justeru, kemenangan PRU 13 yang lalu berpihak kepada mana-mana parti yang dapat menguasai GSPS khususnya dalam War of Perceptions di kalangan pengundi berdaftar terutama golongan pertengahan (terutamanya di kawasan bandar yang ada kemudahan dan akses kepada Internet!).


Artikel tersebut diambil dan diedit dari sini (http://www.merapusakan.blogspot.com/).

*Sedikit perkongsian ilmu untuk rakan-rakan blogger.
                                           

Friday, July 18, 2014

Peradaban dan Kemodenan Masyarakat Melayu

              Melayu terkenal dengan adab dan adat yang menjadi simbol ketamadunan masyarakat Melayu suatu masa dahulu. Melalui peradaban inilah yang menjadi kan masyarakat melayu gah di mata dunia suatu masa dahulu dan di sebut-sebut oleh segenap masyarakat dunia suatu masa dulu.

          Adab dan Adat inilah menjadi kan asas perbentukkan kerajaan suatu masa dahulu seperti Tamadun Yunani dan Rome dikenali sebagai moral. Perkembangan kajian ilmu berkaitan dengan peradaban menjadi asas perbincangan dan perdebatan para falsafah seperti Plato, Socrates dan ramai lagi ahlinya yang tidak perlu disebut nama mereka.

         Peradaban Yunani boleh kita kategori sebagai peradaban yang muda dari segi umur pelaksanaan adab dan adat kerana para ahli falsafah masih memperbincangkan dan memperbahaskan perkara tersebut. Walaupun Plato dan anak-anak murid beliau berpegang kepada prinsip moral kemuliaan adab atau nama lain akhlak namun masyarakat Yunani ketika itu tidak sedemikian dalam kehidupan mereka.

       Berbeza dengan masyarakat melayu dahulu, mereka telah mewarisi dalam budaya sehari harian dan menyerap dalam masyarakat melayu ketika itu bak kata perpatah melayu, Bergaduh melayu masih bersenyum dan masih lagi berkata kat baik terselit sindiran. Ini perumpamaan orang meayu dahulu, dalam apa jua keadaan tetap beradab  samada bergurau, bergaduh, dan dalam pekerjaan sehari harian. Ini menjadi bukti adab dan adat sudah lama tertanam dalam genetik masyarakat melayu dahulu dan terus mewarisi ke anak cucu cicit.

     Dan ini juga bukti ketamadunan Masyarakat melayu telah lama wujud sebelum Ketamadunan Yunani, Rome dan Huang He. Budaya orang-orang Melayu bersopan santun dan itu lah kemuliaan rumpun melayu suatu masa dahulu.

    Namun kini budaya sedemikian makin pupus dan tidak diajar di sekolah-sekolah, menjadikan masyarakat Melayu semakin menjadi kurang ajar, tidak beradab, dan keruntuhan akhlak berleluasa. Sekolah -sekolah agama pun tidak menitik beratkan akhlak mulia ini, walaupun setiap hari telinga anak-anak murid di dendabg debgan kemuliaan Akhlak Rasulullah. Dan kalau ada diajar hanya sekadar menjadi bahan pengajaran adab bukan untuk di praktikan dan dibudayakan.

     Di manakah kesilapan kita? Setiap hari kita dapat berita dari muka akhbar, television, media sosial seperti Facebook dan sebagainya penuh dengan kejadian keruntuhan moral dan akhlak serta mengakibatkan peningkatan jenayah dalam masyarakat kita. Budaya hormat menghormati semakin dilupakan dan makin ramai yang hanya bersapa khabar melalui media sosial yang semakin canggih setiap hari. Kemodenan zaman menyebabkan perubahan peradaban manusia sama ada menjadi semakin baik atau semakin kurang ajar. Tepuk dada tanya hati, bagaimanakan masa depan masyarakat  manusia akan datang, kenalkah mereka mengenai tuntutan menjaga hati budi ataupun menjadi tiada hati budi langsung?




Thursday, July 10, 2014

Budaya pelik di bulan Ramadan


        Bulan Ramadan adalah bulan yang mulai bagi umat Islam seluruh dunia, bulan penuh keberkatan dan keistimewaan yang mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup rapat. Bulan yang mana ganjaran ibadah berganda berbanding bulan-bulan lain. Bulan ini juga merupakan bulan penuh kegembiraan bagi insan -insan yang berpuasa dapat menjalankan ibadah berpuasa dan ada juga yang seronok kehadiran bulan mulia ini kerana pasar Ramadan dibuka merata-rata tempat dan dipenuhi pelbagai jenis juadah makanan yang menyelerakan dan merambangkan mata.

Setiap hari pasar Ramadan menghidangkan pelbagai juadah yang mengiurkan dan menjadi tempat kunjungan utama bagi masyarakat  melayu , cina dan india. Dna ia kini bukan Trend untuk masyarakat melayu sahaja tetapi kaum lain juga sudah menunjukkan minat untuk menikmati juadah jualan di pasar Ramadan. Dan ada seorang anak kepada jiran saya yang berbangsa india yang seronok apabila tiba bulan Ramadan kerana setiap hari di depan rumah pasar Ramadan akn terbentang hidang pelbagai makanan yang menarik. Dan setiap hari juga dia membeli seawal jam 3 petang untuk memborong makanan tersebut.

Dan menarik apabila malamnya di masjid penuh manusia yang semangat untuk beribadah solat terawikh. Di bawa seluruh keluarga pergi ke masjid -masjid bagaikan suasana yang istimewa dan masjid menjadi tempat yang meriah dengan para abid berbanding sebelum dan selepas bulan Ramadan, kenapa tidak diteruskan walaupun Ramadan sudah berakhir, Ini lah dinamakan budaya , hanya kerana ingin merasakan suasana Ramadan maka penuhlah masjid untuk mengerjakan ibadah terawikh. Sehingga kan ada sebilangan keluarga mewajibkan ahli keluarga nya pergi mengerjakan solat terawikh walhal solat terwaikh merupakan solat sunat yang merehatkan. Menjadi perkara pelik apabila perkara sunat dijadikan wajib dan perkara yang wajib di tinggalkan atau dilakukan jarang-jarang umpama ia tidak sepenting melakukan perkara wajib, kekeliruan dalam beribadah  terus meresapi dalam masyarakat Malaysia. Dan kini trend ustaz dan ustazah google pun muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan bersepah mengeluarkan spora ceramah yang tidak bertauliah tentang hukam hakam agama, tidak ketinggalan juga kaum yang tidak menganuti agama Islam pun berani memberi hukum hakam Islam. Apa yang sudah jadi dengan masyarakat kita?

Iftar Ramadan sentiasa dibuat di masjid masjid besar , sederhana dan kecil dan meriah dengan kehadiran anak-anak yatim yang dimuliakan bila datangnya Bulan mulia Ramadan. Tetapi kenapa hanya bulan Ramadan sahaja yang ramai ahli-ahli abid beria-ria menjemput anak-anak yatim datang bersama namun tidak pada bulan lain, dan ia juga menjadi budaya dalam masyarakat kita. Ini menjadai persoalan sebenar kedudukan sosial budaya rakyat Malaysia ini. Apakah yang  sebenarnya berlaku sehingga terjadi nya budaya pelik ini. Saya tidak mahu mencerita lebih panjang, buka mata celik luas-luas dan buka hati  cuba berfikir mendalam.

Sejauhmana kita sanggup mengubahkan budaya budaya yang pelik ini menjadikan kepada ibadah yang sebenar-benarnya? terpulanglah kepada diri sendiri, tepuk dada, tanya lah iman. Selamat beribadah di Bulan Ramadan yang Mulia ini.





Sunday, July 6, 2014

Antara kebebasan berfikir dan batasan berfikir

      Setiap hari kita sering berkomunikasi samada secara bersemuka atau pun tidak seperti whatapps, facebook, twitter dan macam jenis applikasi yang ada zaman sekarang ini. Di bulan Ramadan ni, kalau nak beli kuih pun perlu berkomunikasi samada bercakap dengan jurujual atau pun guna telunjuk jari pun boleh, yela zaman informasi di hujung jari. Jangan slide kat kuih makcik tu udah la silap haribulan tumbuh bulan atas dahi nanti. Kaedah komunikasi zaman sekarang ini tidak seperti dahulu yang mana banyak sehala, sekarang ini lebih ramai yang nak bercakap macam rancangan reality show ,"now everyone can judge" merupakan ledakan perubahan zaman revolusi industri kepada zaman informasi dihujung jari dan Media sosial.

     Yang menarik zaman sekarang yang ramai pak menteri beri gelaran zaman GEN-Y, menjadi tumpuan para peraih-peraih undi golongan muda ini yang di lihat menyokong Pebangkang Kerajaan. Sebenarnya golongan ini bukan nak membangkang pun tetapi nak meluahkan dan menyampaikan isi hati kepada pihak kerajaan. Dan pihak kerajaan kurang memberi perhatian kepada golongan GEN-Y ini tanpa menyediakan ruang dan medium untuk menyampaikan hasrat hati mereka. Impak daripada itu berlaku persepsi yang buruk terhadap kerajaan hasil salah faham yang berlaku serta tak nak memahami apa yang berlaku.

      Ramai GEN-Y yang mengeluarkan idea-idea yang baru dan kadang-kadang ikutan daripada pemikiran negara barat yang belum tentu sesuai dengan budaya kita. Pelbagai istilah -istilah baru muncul LBGT, Pluralism, Neo Politik dan sebagainya. Persoalannya ke arah mana negara kita hendak pergi dan apakah matlamat itu jelas? Biarlah pak menteri yang menjawab persoalan itu, kalau kita nak fikirkan baik kita jadi menteri saja. Masing masing samada rakyat marhaen ataupun kolomerat dan pentadbir negara sudah ada job scope mereka sendiri, tidak perlu menteri nak jadi tukang masak, dan tukang sapu nak fikir macam menteri nanti satu kerja pun tak menjadi. Namun tidak salah itu berfikir untuk kebaikan agama, negara dan bangsa, Al -Quran pun ada ayat yang mengajar manusia berfikir tentang kekuasaan Allah, penciptaan alam, tentang hikmah kejadian manusia. Kerana  manusia yang berfikir manusia yang berjaya dunia dan akhirat.

     Menceritakan berfikir, sekarang ramai manusia-manusia sudah mahir berfikir kreatif sehingga terhasil pelbagai buku-buku dan penciptaan seni tentang ideologi dan pemikiran kritikal. Zaman berubah begitu mendadak sehingga cabang pemikiran pun sudah berubah. Manusia semakin kreatif daripada sebaik baik manusia hingga sejahat-jahat manusia mempunyai pemikiran bak kata orang Out of Box, berfikir di luar kotak. Maka wujudlah manusia manusia yang membuat seminar kecemerlangan merata-rata sehingga ramai yang ingin berjaya hadir seminar tu, kadang-kadang tu seminar yang sama sanggup pergi lagi.Mungkin suatu masa nanti ramailah usahawan yang berjaya di Malaysia ini tetapi apa pun yang penting diri sendiri yang ada niat nak berubah, serta ada usaha untuk berubah, tidak putus asa dalam perubahan diri dan istiqamah dalam pekerjaan kita iaitu fokus. Guru saya ada pesan jangan buat 2 perkara iaitu tidak fokus seperti belajar memandu kereta dalam masa yang sama belajar memandu kapal terbang, nanti silap hari bulan masa exam kapal terbang tersalah masuk gear kereta, memang jadi bahan masakan enak la nanti. Hadamlah ilmu yang dipelajari dan praktikan apa yang telah kita pelajari, Insya Allah banyak faedah.

    Dunia sekarang pelbagai masalah dan isu baru timbul yang memerlukan pemikiran yang kreatif untuk selesaikan masalah. Cuma dalam berfikir, there is a limit untuk berfikir. Dalam Islam sendiri tidak menggalakan umat nya berfikir tentang Allah, bagaimana rupa dan sebagainya namun apa yang disuruh adalah berfikir tentang kejadian Alam CiptaaNYA, Kata pepatah Ulamak Tasawuf , Alam Ciptaan Allah adalah bayangan Kekuasaan Dia. Setiap ciptaan ada bersebab dan hikmatnya hanya perlu kita mencari isi tersirat itu. Marilah kita semua muhasabah diri dan mencari isi tersirat dalam kehidupan kita, erti perjalanan hidup kita dari masa kita dilahirkan sehingga sekerang kita berada pasti terselit banyak rahsianya.. Selamat mencari.

Wassalam

   
     

    



    

Friday, July 4, 2014

Antara Ubatan Herba dan Komunikasi

            Perubatan Herba memang terkenal di Malaysia, pelbagai jenis ubatan yang dihasilkan dari tumbuh-tumbahan boleh dapat di Malaysia. Kalau kita pergi ke pasar - pasar pasti terdapat penjual ubatan herbl sama ada untuk kegunaan kosmetik atau untuk perubatan. Malaysia kaya dengan khazanah-khazanah yang berharga yang boleh dapati di hutan Malaysia dan juga di tepi jalan seperti pokok senduduk, semalu, dan sebagainya.

Suatu masa dulu pernah heboh berkenaan sejenib rumput jarum mas yang mempunyai kelebihan dalam rawatan semula jadi.Pernah sekali itu sepanjang  tepi jalan raya berhampiran longkang yang ditumbuhi rumput diragut oleh makcik- makcik dan pakcik-pakcik mencari tumbuhan bernama Jarum Mas. Pemandangan macam sekumpulan pesawah sedang bercucuk tanam, dan itu membuat ramai orang ketika tu tertarik untuk berhenti melihat dan ada juga yang ikut bersama meragut rumput. Kalau nampak dek lembu-lembu pasti mereka pun pelik melihat telatah manusia dan kalau mereka mempunyai akal perasaan pasti mereka katakan apa lah orang ni rumput yang biasa lembut ragut pun orang nak ambil juga.

Itu lah tanda kebesaran Allah SWT, menjadikan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan bukan untuk manusia sahaja tetapi untuk haiwan juga boleh gunakan. Kalau selama ini kita lihat lembu-lembu sihat mungkin dari segi permakanan tumbuhan yang pelbagai khasiat dapat dari tumbuhan rumput. Kalau mengikut kajian, rumput ada pelbagai jenis yang selama ini kita tidak endah, acu tak acu tumbuh di halaman rumah kita, di tepi jalan, di padang. Kalau lah kita ada ilmu mengetahui kelebihan tentang tumbuhan dan khasiatnya, pasti kita akan menjaga bersungguh-sungguh eko -sistem alam kita. tetapi oleh kerana kita bukan Subject Matter expert (SME) maka kita abaikan alam kita dan kepentingan menjaga alam kita sebagai khalifah muka bumi.

Baru-baru ini saya telah membeli sejenis ubat hepoedu beruang yang dikira sangat bernilai kerana herbal tersebut jarang-jarang boleh dapat dan dianggap terancam. saya beli di tepi jalan di Masjid Negara selepas solat jumaat, melihat telatah penjual  tu sungguh menghiburkan dari segi penceramahan yang pandai manarik perhatian pengunjung  serta lawak jenakanya. Kadang-kadang saya terfikir mungkinkah ahli-ahli politik patut belajar berceramah dari penjual-penjual ubat di tepi jalan, melihat bagai mana dia menarik perhatian pelanggan dan menyampaikan maklumat dengan lancar serta jelas untuk difahami. Tidak perlu guna ayat-ayat bombastik, ayat yang canggih-canggih sehingga orang yang mendengar pun tidak faham dan jemu.dan meleret-leret. Apa guna kita berceramah tetapi pendengar tidak faham  dan apa guna kita bercakap sehingga kita syok sendiri. Orang-orang macam ni akan menjadi bahan lawak dan jenaka orang yang mendengarnya dan apabila orang komen tentang penceramah ada pula yang melenting.


Ilmu Komunikasi ni perlu dipelajari dan sangat penting di zaman ini kerana dunia sekarang semuanya dihujung jari. Dan macam mana untuk menghubung semua orang perlu komunikasi yang lebih baik serta penyampaian yang jelas. Dengan ledakan media sosial seperti Facebook, twitter, instagram, telegram, whatapp, dan sebagainya sudah tentu komunikasi tu penting dalam menyampaikan maklumat berbentuk santai tetaoi jelas. Kalau tidak, wujudlah percanggahan fahaman dari segi penyampaian maklumat apabila kita ingin menyampai maksud yang lain tetapi orang lain membaca dengan maksud lain  seperti contoh hanya mengguna capital letter iaitu font yang semua huruf besar maka pembaca akan membaca bagai huruf tu beremosi marah dan pentafsiran yang membaca pasti melihat yang disampai tu tengah marah padahal itu bukan lah emosi penyampai yang sebenarnya.


Manusia mempumyai pelbagai telatah dalam menyampai kan satu satu maksud, Dan ini semua menjadikan dunia kita semakin menarik dengan kegilaan yang mewarnai hidup kita, kalau tidak dikawal pasti masyarakat akan pincang fungsi sebagai manusia. Sebab itu lah hari jumaat wajib solat berjemaah sebagai tanda hubungan manusia sesama manusia saling berjumpa dan kenal serta sebarkan kebaikan. Bayangkan kalau solat jumaat boleh dibuat ikut Whatapp apa akan jadi dengan manusia sekarang?. Fikir-fikir kan.