Perubatan Herba memang terkenal di Malaysia, pelbagai jenis ubatan yang dihasilkan dari tumbuh-tumbahan boleh dapat di Malaysia. Kalau kita pergi ke pasar - pasar pasti terdapat penjual ubatan herbl sama ada untuk kegunaan kosmetik atau untuk perubatan. Malaysia kaya dengan khazanah-khazanah yang berharga yang boleh dapati di hutan Malaysia dan juga di tepi jalan seperti pokok senduduk, semalu, dan sebagainya.
Suatu masa dulu pernah heboh berkenaan sejenib rumput jarum mas yang mempunyai kelebihan dalam rawatan semula jadi.Pernah sekali itu sepanjang tepi jalan raya berhampiran longkang yang ditumbuhi rumput diragut oleh makcik- makcik dan pakcik-pakcik mencari tumbuhan bernama Jarum Mas. Pemandangan macam sekumpulan pesawah sedang bercucuk tanam, dan itu membuat ramai orang ketika tu tertarik untuk berhenti melihat dan ada juga yang ikut bersama meragut rumput. Kalau nampak dek lembu-lembu pasti mereka pun pelik melihat telatah manusia dan kalau mereka mempunyai akal perasaan pasti mereka katakan apa lah orang ni rumput yang biasa lembut ragut pun orang nak ambil juga.
Itu lah tanda kebesaran Allah SWT, menjadikan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan bukan untuk manusia sahaja tetapi untuk haiwan juga boleh gunakan. Kalau selama ini kita lihat lembu-lembu sihat mungkin dari segi permakanan tumbuhan yang pelbagai khasiat dapat dari tumbuhan rumput. Kalau mengikut kajian, rumput ada pelbagai jenis yang selama ini kita tidak endah, acu tak acu tumbuh di halaman rumah kita, di tepi jalan, di padang. Kalau lah kita ada ilmu mengetahui kelebihan tentang tumbuhan dan khasiatnya, pasti kita akan menjaga bersungguh-sungguh eko -sistem alam kita. tetapi oleh kerana kita bukan Subject Matter expert (SME) maka kita abaikan alam kita dan kepentingan menjaga alam kita sebagai khalifah muka bumi.
Baru-baru ini saya telah membeli sejenis ubat hepoedu beruang yang dikira sangat bernilai kerana herbal tersebut jarang-jarang boleh dapat dan dianggap terancam. saya beli di tepi jalan di Masjid Negara selepas solat jumaat, melihat telatah penjual tu sungguh menghiburkan dari segi penceramahan yang pandai manarik perhatian pengunjung serta lawak jenakanya. Kadang-kadang saya terfikir mungkinkah ahli-ahli politik patut belajar berceramah dari penjual-penjual ubat di tepi jalan, melihat bagai mana dia menarik perhatian pelanggan dan menyampaikan maklumat dengan lancar serta jelas untuk difahami. Tidak perlu guna ayat-ayat bombastik, ayat yang canggih-canggih sehingga orang yang mendengar pun tidak faham dan jemu.dan meleret-leret. Apa guna kita berceramah tetapi pendengar tidak faham dan apa guna kita bercakap sehingga kita syok sendiri. Orang-orang macam ni akan menjadi bahan lawak dan jenaka orang yang mendengarnya dan apabila orang komen tentang penceramah ada pula yang melenting.
Ilmu Komunikasi ni perlu dipelajari dan sangat penting di zaman ini kerana dunia sekarang semuanya dihujung jari. Dan macam mana untuk menghubung semua orang perlu komunikasi yang lebih baik serta penyampaian yang jelas. Dengan ledakan media sosial seperti Facebook, twitter, instagram, telegram, whatapp, dan sebagainya sudah tentu komunikasi tu penting dalam menyampaikan maklumat berbentuk santai tetaoi jelas. Kalau tidak, wujudlah percanggahan fahaman dari segi penyampaian maklumat apabila kita ingin menyampai maksud yang lain tetapi orang lain membaca dengan maksud lain seperti contoh hanya mengguna capital letter iaitu font yang semua huruf besar maka pembaca akan membaca bagai huruf tu beremosi marah dan pentafsiran yang membaca pasti melihat yang disampai tu tengah marah padahal itu bukan lah emosi penyampai yang sebenarnya.
Manusia mempumyai pelbagai telatah dalam menyampai kan satu satu maksud, Dan ini semua menjadikan dunia kita semakin menarik dengan kegilaan yang mewarnai hidup kita, kalau tidak dikawal pasti masyarakat akan pincang fungsi sebagai manusia. Sebab itu lah hari jumaat wajib solat berjemaah sebagai tanda hubungan manusia sesama manusia saling berjumpa dan kenal serta sebarkan kebaikan. Bayangkan kalau solat jumaat boleh dibuat ikut Whatapp apa akan jadi dengan manusia sekarang?. Fikir-fikir kan.
No comments:
Post a Comment