Setiap hari kita sering berkomunikasi samada secara bersemuka atau pun tidak seperti whatapps, facebook, twitter dan macam jenis applikasi yang ada zaman sekarang ini. Di bulan Ramadan ni, kalau nak beli kuih pun perlu berkomunikasi samada bercakap dengan jurujual atau pun guna telunjuk jari pun boleh, yela zaman informasi di hujung jari. Jangan slide kat kuih makcik tu udah la silap haribulan tumbuh bulan atas dahi nanti. Kaedah komunikasi zaman sekarang ini tidak seperti dahulu yang mana banyak sehala, sekarang ini lebih ramai yang nak bercakap macam rancangan reality show ,"now everyone can judge" merupakan ledakan perubahan zaman revolusi industri kepada zaman informasi dihujung jari dan Media sosial.
Yang menarik zaman sekarang yang ramai pak menteri beri gelaran zaman GEN-Y, menjadi tumpuan para peraih-peraih undi golongan muda ini yang di lihat menyokong Pebangkang Kerajaan. Sebenarnya golongan ini bukan nak membangkang pun tetapi nak meluahkan dan menyampaikan isi hati kepada pihak kerajaan. Dan pihak kerajaan kurang memberi perhatian kepada golongan GEN-Y ini tanpa menyediakan ruang dan medium untuk menyampaikan hasrat hati mereka. Impak daripada itu berlaku persepsi yang buruk terhadap kerajaan hasil salah faham yang berlaku serta tak nak memahami apa yang berlaku.
Ramai GEN-Y yang mengeluarkan idea-idea yang baru dan kadang-kadang ikutan daripada pemikiran negara barat yang belum tentu sesuai dengan budaya kita. Pelbagai istilah -istilah baru muncul LBGT, Pluralism, Neo Politik dan sebagainya. Persoalannya ke arah mana negara kita hendak pergi dan apakah matlamat itu jelas? Biarlah pak menteri yang menjawab persoalan itu, kalau kita nak fikirkan baik kita jadi menteri saja. Masing masing samada rakyat marhaen ataupun kolomerat dan pentadbir negara sudah ada job scope mereka sendiri, tidak perlu menteri nak jadi tukang masak, dan tukang sapu nak fikir macam menteri nanti satu kerja pun tak menjadi. Namun tidak salah itu berfikir untuk kebaikan agama, negara dan bangsa, Al -Quran pun ada ayat yang mengajar manusia berfikir tentang kekuasaan Allah, penciptaan alam, tentang hikmah kejadian manusia. Kerana manusia yang berfikir manusia yang berjaya dunia dan akhirat.
Menceritakan berfikir, sekarang ramai manusia-manusia sudah mahir berfikir kreatif sehingga terhasil pelbagai buku-buku dan penciptaan seni tentang ideologi dan pemikiran kritikal. Zaman berubah begitu mendadak sehingga cabang pemikiran pun sudah berubah. Manusia semakin kreatif daripada sebaik baik manusia hingga sejahat-jahat manusia mempunyai pemikiran bak kata orang Out of Box, berfikir di luar kotak. Maka wujudlah manusia manusia yang membuat seminar kecemerlangan merata-rata sehingga ramai yang ingin berjaya hadir seminar tu, kadang-kadang tu seminar yang sama sanggup pergi lagi.Mungkin suatu masa nanti ramailah usahawan yang berjaya di Malaysia ini tetapi apa pun yang penting diri sendiri yang ada niat nak berubah, serta ada usaha untuk berubah, tidak putus asa dalam perubahan diri dan istiqamah dalam pekerjaan kita iaitu fokus. Guru saya ada pesan jangan buat 2 perkara iaitu tidak fokus seperti belajar memandu kereta dalam masa yang sama belajar memandu kapal terbang, nanti silap hari bulan masa exam kapal terbang tersalah masuk gear kereta, memang jadi bahan masakan enak la nanti. Hadamlah ilmu yang dipelajari dan praktikan apa yang telah kita pelajari, Insya Allah banyak faedah.
Dunia sekarang pelbagai masalah dan isu baru timbul yang memerlukan pemikiran yang kreatif untuk selesaikan masalah. Cuma dalam berfikir, there is a limit untuk berfikir. Dalam Islam sendiri tidak menggalakan umat nya berfikir tentang Allah, bagaimana rupa dan sebagainya namun apa yang disuruh adalah berfikir tentang kejadian Alam CiptaaNYA, Kata pepatah Ulamak Tasawuf , Alam Ciptaan Allah adalah bayangan Kekuasaan Dia. Setiap ciptaan ada bersebab dan hikmatnya hanya perlu kita mencari isi tersirat itu. Marilah kita semua muhasabah diri dan mencari isi tersirat dalam kehidupan kita, erti perjalanan hidup kita dari masa kita dilahirkan sehingga sekerang kita berada pasti terselit banyak rahsianya.. Selamat mencari.
Wassalam
No comments:
Post a Comment