Friday, July 4, 2014

Secangkir Kopi






Menurut Wikipedia kopi adalah sejenis minuman yang berasal dari proses pengolahan dan ekstraksi biji tanaman kopi. Kata kopi sendiri awalnya berasal dari bahasa Arab: قهوة‎ qahwah yang berarti kekuatan, karena pada awalnya kopi digunakan sebagai makanan berenergi tinggi. Kata qahwah kembali mengalami perubahan menjadi kahveh yang berasal dari bahasa Turki dan kemudian berubah lagi menjadi koffie dalam bahasa Belanda. 

Menurut masyarakat arab, kopi biasa digunakan oleh golongan tarekat dalam majlis zikir mereka. Selepas berzikir dan wirid bersama dengan syeikh mereka, dijamukan pula dengan kopi bagi mengembalikan tenaga.

Dalam masyarakat melayu dahulu di Tanah Melayu sangat sinonim dengan kopi. Juadah kopi kerap disediakan dengan kuih atau pun tidak. Pelbagai jenis kopi yang ada di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya tumbuh  secara komersial. Orang-orang tua dahulu membuat kopi dengan cara tersendiri. Dan sekarang kita dapat lihat dimana-mana saja ada kopitiam dan sinonim dengan minuman kopi yang enak.

Kopi cap kapal api merupakan kegemaran saya acap kali saya membancuh kopi itu.Dengan aroma bau yang harum serta memberikan satu memori suasana zaman dahulu hidup kembali. Rasa kopinya yang nyaman dan mendatangkan ketenteraman diri bagai di kenakan candu. Mungkin kerana kefein kopi telah menyerap ke dalam minda saya atau kopi itu telah menjadi candu kegemaran saya. Kadang kala ia membuatkan saya tergelak sendirian atau tersengih disebabkan candu yang telah diserap dalam tubuh atau minda saya.

Kopi boleh memberi erti yang pelbagai dalam kehidupan setiap insan, dan saya yakin setiap orang yang menikmati kopi dengan cara tersendiri. Dan secangkir kopi  sudah cukup memberi kita satu ketenangan dalam satu hari. 



4 Julai 2014

No comments:

Post a Comment